h1

REPOSISI ISLAM DALAM POLITIK DI INDONESIA

February 6, 2006

“Kebangkitan Islam banyak menghadapi masalah, dan Asia Tenggara berada dalam satu transformasi yang sangat cepat ketika negara-negara bangsa dan masyarakat- masyarakatnya menjadi matang. Pengaruh kolonialisme Barat tidak lagi menjadi isu penting dalam pembahasan mengenai Asia Tenggara. Masalah mengenai tradisi dan moden, keadilan dan kesamaan sosial, urbanisme, industrialisme, keadilan dan kesamaan sosial, pemodenan pemikiran para intelektual Orang Islam, penyertaan politik, demokrasi dan hak-hak asasi menjadi agenda-agenda penting politik orang Islam. Masalah-masalah teologi yang melibatkan kesejagatan Islam dan realiti sosial, seperti masalah kesenjangan etnik dan polarisasi sosial sangat menyibukkan teolog dan politisi Orang Islam. Di Indonesia dan Malaysia majoriti Orang Islam menghadapi minority non-Orang Islam yang memperoleh kedudukan ekonomi yang kuat, sementara di Thailand, Filipina dan Singapura, minoriti orang Islam menghadapi majoriti bukan orang Islam yang mempunyai segala–galanya di tangan mereka,- kekuatan sosial, politik dan ekonomi, pada saat yang sama di dalam masyarakat Islam sendiri terdapat pelbagai masalah budaya dan politik. Tidak semua orang Islam mampu memahami gagasan dan hikmah kebangkitan. Dalam banyak hal elit birokrasi orang Islam berada dalam kedudukan yang bertentangan dengan orang Islam berkaitan definisi peran tentang agama dalam politik.” (DR. Kuntowijoyo)2

Pilihan raya 2004 : Agenda Perubahan Politik?
Pesta demokrasi untuk memilih anggota parlimen di Indonesia pada tahapan pertama,–melalui pilihan raya 5 April 2004, baru sahaja selesai dilaksanakan. Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU),- sebagai lembaga yang bertanggung jawab ke atas pelaksanaan pilihan raya di Indonesia mendapat pelbagai sorotan kerana masalah teknis pelaksanaan pilihan raya, – seperti masalah logistik penyebaran kotak dan kertas undi yang tidak merata dan tepat waktu,

  1. Disampaikan dalam Seminar yang diselenggarakan Islamic Development Management Project (IDMP), Universti Sains Malaysia , 26 April 2004
  2. Kuntowijoyo merupakan antara intelektual Islam Indonesia yang berwibawa dan banyak menyelami penomena Islam dalam ruang kultural dan politik. Pemikirannya selalu cerdas dan membuka minda tentang perlunya memikir kembali tentang keberadaan politik Islam dan budaya Islam di Indonesia. Kutipan ini diambil daripada buku A.E. Priyono ( Eds), Kuntowijoyo dan Paradigma Islam : Intepretasi Untuk Aksi, Jakarta : Mizan, 1991, hal.48-49kenyataannya hampir 150 juta rakyat Indonesia telah menyampaikan aspirasi politiknya. Kenyataan ini sekaligus juga menepis pandangan yang menyatakan pilihan raya akan berlangsung dengan kerusuhan. Kebimbangan itu jauh dari kenyataan. Padahal, jika dibandingkan dengan pilihan raya sebelumnya, pilihan raya kali ini cukup” susah” kerana rakyat harus mencoblos/mencucuk sala satu tanda gambar parti dan orang dari ramai wakil-wakil parti politik peserta pilihan raya yang berjumlah 24 parti politik.(Lihat jadual 1 parti peserta pilihan raya ) Memang pilihan raya kali ini menggunakan sistem pemilihan langsung dimana rakyat memilih wakil-wakilnya,– tidak lagi didasarkan oleh parti sebagaimana berlangsung pada pilihan raya sebelumnya. Rakyat Indonesia telah memasuki era baru dalam arus demokrasi.

Walaupun sepanjang kempen pilihan raya pada amnya berlangsung dengan tertib, pembangunan politik yang dilakukan parti peserta pilihan raya masih menggunapakai model “warisan lama” iaitu menggunakan penyanyi dangdut untuk menarik massa. Goyangan badan penyanyi dangdut di atas pentas memang berhasil “menyedot” ribuan massa untuk menghadiri kempen. Pencermah dari parti-parti politik biasanya turut serta “ bergoyang” bersama artis dangdut itu. Dapat dibuat kesimpulan bahawa massa yang ikut kempen lebih suka mengikuti “acara dangdutan” berbanding daripada mendengarkan pidato politik dari penceramah. Oleh itu “ pembodohan politik” seperti ini perlu dihapuskan pada masa hadapan.

Pengelompokkan Parti Berdasarkan Ideologi dalam Pilihan Raya 2004
Parti Agama
Parti Sekular
Islam
Kristen
Nasionalis
Marhein
Sosialis
PKS (Parti Keadilan Sejahtera)
PBB ( Parti Bulan Bintang
PPP(Parti Persatuan Pembangunan)
PBR(Parti Bintang Reformasi)
PPNUI(Parti Persatuan Nahdlatul Ummah Indonesia)
PDS (Parti Damai Sejahtera)
PDIP (Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan)
Golkar( Golongan Karya)
Demokrat
PKPB (Parti Karya Peduli Bangsa)
PIB (Parti Indonesia Baru)PKB ( Parti Kebangkitan Bangsa) PAN(Parti Amanat Nasional) PKPI (Parti Keadilan dan
PNBK(Parti Nasional Banteng Kemerdekaan)
Pelopor
PNIM (Parti Nasional Indonesia Marheineisme)
PBSD(Parti Buruh Sosial Demokrat))
Persatuan Indonesia) PSI (Parti Sarikat Indonesia) Merdeka
Patriot
PPD(Parti Persatuan Daerah)
PDK(Parti Persatuan Demokrasi Kebangsaan)
PPDI(Parti Penegak Demokrasi Indonesia)
Sumber : Diolah dari Daniel Dhakie Dae, 2004, akhbar Harian Kompas, 25 Marc-2 April 2004, Harian Republika, 8 April 2004.
Memang, cukup menarik untuk dianalisis mengenai pilihan raya Indonesia 2004. Walaupun diselubungi oleh persoalan ekonomi, sosial, ataupun perundangan, pembangunan politik yang berlangsung selama lima tahun kebelakangan ini mengakibatkan penyertaan politik dan kesedaran politik rakyat cukup tinggi. Dorongan untuk memperbaiki ekonomi, perundangan dan politik antara faktor yang menyebabkan berduyung-duyung rakyat dengan aman menuju ke tempat mengundi (TPS) memberikan aspirasi dan hak politiknya. Arus reformasi pada seketika dahulu memberikan kesedaran kepada rakyat dalam penyertaan politiknya. Ramainya masyarakat yang tidak berdaftar dalam pilihan raya kali ini,– padahal mereka telah hak mereka, mendatangi KPU kerana diabaikannya hak politiknya. Ini memberi kesan bahawa mereka cukup sedar akan hak-hak politiknya. Inilah sebuah fenomena angin segar demokrasi yang menyejukkan Indonesia. Dengan penuh percaya diri, rakyat mempertaruhkan nasibnya langsung kepada parti dan tokoh yang diharapkan boleh melakukan perubahan. Hasil perolehan undi pada tabulasi nasional pilihan raya yang masih terus dihitung adalah bentuk penilaian rakyat terhadap kinerja parti-parti politik.
Minggu pertama penghitungan undi dikejutkan dengan melejitnya perolehan undi Parti Demokrat (PD),–yang “menjual” kepimpinan Susilo Bambang Yudoyono dan Parti Keadilan Sejaterah (PKS),–yang diterajui oleh DR. Hidyat Nurwahid. Di samping itu, “bangkitnya” pengaruh mantan Presiden Suharto melalui Parti Karya Peduli Bangsa (PKPB) yang memunculkan anak Suharto,– Siti Hardiyanti Rukmana sebagai calon presiden, berhasil pula meraih undi yang cukup bererti. Kebangkitan Suharto melalui PKPB ini merupakan klimaks dari fenomena SARS ( Syndrom Amat Rindu Suharto) yang muncul menjadi idiom politik baru di Indonesia sebelum pilihan raya (Majalah Tempo, 22-28 April 2004). Di sisi lain,– jika dibandingakan dengan pilihan raya 1999, penurunan undi dialami Parti 3
Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P),–pimpinan Presiden Megawati Sukarno Putri dan Parti Golkar ( Golongan Karya). Penurunan hasil perolehan undi secara amnya juga terjadi pada parti politik yang ikut dalam gabungan pemerintahan Presiden Megawati antara lain Parti Amanat Nasional,– yang dipimpin Prof. Amin Rais, Parti Bulan Bintang (PBB),–pimpinan Prof. Yusril Ihza Mahendra dan Parti Persatuan Pembangunan (PPP),– pimpinan Hamzah Haz. Dua parti yang disebut belakangan ini merupakan parti dengan ideologi Islam. Para pengamat politik di Indonesia pada amnya berkesimpulan bahawa penyebab penurunan perolehan undi parti-parti yang termasuk dalam koalisi pemerintah ini merupakan bentuk dari kemarahan rakyat ke terhadap pemerintahan Presiden Megawati yang dianggap gagal di dalam memulihkan Indonesia daripada kegawatan ekonomi, sosial mahupun politik. Kenyataan ini juga menggambarkan betapa rakyat Indonesia sudah semakin dewasa dan mampu memberikan penilaian ( Harian Kompas, 10 April 2004)
Parti Islam dan Perubahan Paradigma : Dari Fundamentalisme ke State of Mind
Di tengah pembangunan politik dan penyertaan politik rakyat Indonesia yang,– dalam pandangan saya menuju ke arah kematangan politik sebagaimana diperlihatkan dalam pilihan raya 2004, ada satu pertanyaan yang sangat penting untuk di kemukakan: Bagaimana sebenarnya kedudukan Islam dalam politik Indonesia khususnya pasca pilihan raya ? Pertanyaan ini perlu diajukan mengingat beberapa fenomena yang muncul sepanjang pelaksanaan pilihan raya. Pertama, sepanjang kempen dari keseluruhan parti Islam (PKS, PBB, PPP, PBR dan PPNUI) tidak menunjukkan identiti Islam dan program keislaman secara jelas seperti isu pelaksanaan syariah Islam, masalah kristenisasi yang makin meluas di Indonesia, islamisasi kenegaraan ataupun Negara Islam. Parti-parti ini malah lebih mengutarakan isu pembangunan ekonomi negara, pemerintahan yang bersih (clean government), pengangguran, keadilan dan kesamaan sosial,- yang kesemua ini juga dikempenkan oleh parti–parti di luar parti Islam.
Parti Islam di pilihan raya 2004 ini telah kehilangan identiti, bentuk dan program keislamannya. Ia sama sahaja dengan parti-parti sekular lainnya. Ini tentu sangat mengherankan, Indonesia secara majoritinya adalah orang Islam, tetapi justru perjuangan menentukan identiti Islam menerusi parti-parti Islam sangat jauh dari yang diharapakan. Ditinjau dari segi perjuangan politik Islam keadaan ini justru mengalami kemunduran jika dibandingkan dengan pilihan raya Indonesia pertama (1955) dimana kesemua parti Islam seperti parti Masyumi, Nahdlatul Ulama (NU), Parti Sarikat Islam Indonesia (PSII) mendukung perjuangan pelaksanaan syariah Islam melalui negara Islam Indonesia. Sayangnya, perjuangan itu digagalkan atas alasan demokrasi.
Sebagai perbandingan, Parti Damai Sejahtera (PDS),- parti Kristen yang muncul dalam pilihan raya 2004 berhasil meraih undi yang sangat bererti berani menunjukkan identiti kekristenannya. Sepanjang kempen, parti ini telah begitu “berani” menunjukkan identiti mereka. Misalnya, mengajak massa ( yang mungkin di dalamnya ada orang Islam) untuk kebaktian bersama ( secara Kristen). Di samping itu, simbol-simbol kekeristenan seperti menumbuhkan Kerajaan Tuhan, Kasih Tuhan selalu diucapkan dalam kempen PDS. Apakah melalui PDS ini kekuatan Kristen di Indonesia secara politik yang selama ini diberikan tempat dalam PDIP, Golkar ataupun parti sekular lainnya telah bangkit?. Perlu ada kajian lebih lanjut. Kesimpulan sementara saya, kebangkitan Kristen menerusi PDS merupakan sebuah”political test”awal dari elit Kristen untuk menilai sejauhmana kekuatan ummat Kristen dan royaliti ummat Kristen Indonesia serta melihat keberkesanan proses kristenisasi di Indonesia yang dilakukan selama ini. Sebagaimana diketahui umum menjelang hari pelaksanaan pilihan raya ( 5 April) ramai beredar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang berisi ajakan ataupun perintah dari Vatikan ( Pusat Gereja Dunia) menerusi elit Kristen kepada ummat Kristian Indonesia untuk memilih PDS.
Kebangkitan Kristen di Indonesia secara politik melalui PDS ini, tentu akan mencabar dan bertentangan dengan Islam melalui parti-parti Islam. Keengganan parti-parti Islam menunjukkan identiti Islam dalam pilihan raya 2004 ini jelas mengakibatkan kekecewaan ummat Islam amnya dan kumpulan-kumpulan Islam seperti Angkatan Mujahidin Indonesia (AMI), Hizbut Tahrir Indonesia (HTI), Forum Komunikasi Ahlussunnah Wal Jam’aah ataupun Front Pembela Islam (FPI) yang selama ini memperjuangkan pelaksanaan penegakkan syariah Islam di Indonesia. Sudah tentu, persoalan kenapa parti-parti Islam “enggan” menunjukkan identiti dan perjuangan Islam perlu untuk dibincang dan dianalisis. Kempen anti terorisme ( terhadap Islam) yang dilakukan Amerika Serikat (AS) terhadap dunia amnya dan Indonesia khususnya, jelas telah berhasil memerangkap keberanian elit politik orang Islam Indonesia untuk menunjukkan identiti dan perjuangan Islam. Kempen anti terorisme ( baca : anti Islam) AS menerusi tragedi 11 September yang menuduh Indonesia sarang teroris telah membutakan elit politik orang Islam Indonesia. Inilah satu masa dimana rasa percaya diri untuk menentukan dan memperjuangkan identiti Islam oleh elit politik parti Islam Indonesia telah mengalami penurunan. Parti-parti Islam ini melaksanakan program kerja parti lebih banyak menggunakan pendekatan (approach) Islam yang “lembut.”, – jauh dari sikap fundamentalisme, ataupun militannisme Islam. Perubahan wawasan politik Islam ini juga menyiratkan perubahan mendasar mengenai persepsi fundamentalisme Islam di Indonesia yang selalu diwar-warkan kelompok sekular, kalangan Islam moderat, yang berasaskan massa kepada Nahdlatul Ulama (NU) dan Muhammaddiyah, juga kalangan Islam liberal.

Fundamentalisme Islam sekarang lebih dilihat sebagai suatu State of Mind dan tindakan terorisme, fundamentalisme Islam tidak dikaitkan dengan pengamatan dangkal atas penampakan luar atau simbol keagamaan. Inilah yang menyebabkan kenapa dalam pilihan raya 2004 ini, isu-isu seperti penegakkan Negara Islam, penerapan Syariah Islam, dan hudud tidak dapat dikemukakan dengan baik dalam kempen ataupun program parti. Ini berbeza jauh misalnya dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dalam pilihan raya 2004 Malaysia, mengemukakan isu-isu penerapan syariah Islam dan Negara Islam (Akhbar Harakah,15 March 2004). Inilah suatu realiti elit politik Islam Indonesia dalam menempatkan reposisi Islam dalam perjuangan, – sebagaimana digambarkan oleh sejarahawan Indonesia, DR. Kuntowijoyo di awal tulisan ini.
Kedua, parti-parti Islam seperti PPP dan PBB, – sebagai parti Islam yang memperoleh “mandat” dari ummat Islam dengan memperolehi undi besar dalam 5
pilihan raya 1999 (masing-masing urutan kedua dan kelima), mengalami penurunan undi. Pada sisi yang lain PKS, — yang pada pilihan raya 1999 bernama Parti Keadilan (PK) dan memperoleh suara kecil (tidak masuk electoral treshold), mengalami peningkatan perolehan undi sebanyak 600 peratus. Antara penyebab penurunan undi PBB dan PPP yang berkoalisi dengan PDIP ataupun Golkar, karena dianggap gagal membangunkan keterpurukan Indonesia dan perjuangan untuk menegakkan identiti dan syariah Islam. Pada pilihan raya 2004 ini, suara ummat Islam yang pada pilihan raya 1999 ini menyebar ke dalam PBB, PPP dan parti-parti sekular lain (PKB, PAN, GOLKAR, PDIP) kini mengalir ke dalam PKS. Dalam satu kaji selidik yang dilakukan Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), di antara ke 48 parti peserta pilihan raya 1999, PKS merupakan parti utama yang dinilai bersih serta memiliki kinerja parti yang dekat dengan rakyat ( Harian Kompas, Maret 2004). Prestasi PKS dalam pilihan raya 2004 ini merupakan “buah” dari apa yang PKS lakukan sepanjang tempoh lima tahun kebelakangan ini. Dibandingkan parti-parti lain,- sebagaimana ditunjukan ramai lembaga survei baik dari dalam ataupun luar negara, antaranya Lembaga Survei Indonesia (LSI) menyatakan bahawa konstituen PKS adalah mereka yang pada pilihan raya 1999 memberikan undi pada PK(S), ditambah “suara simpati” dari parti lain. Ini bermakna kesetiaan pemilih terhadap PKS tidak berubah terhadap parti lain. Tampaknya, transformasi politik Islam kampus, — asas pemikiran dan penubuhan PKS yang berlandaskan fikah prioriti Yusuf Qardawi, telah berhasil menarik simpati ummat dan kaum intelektual yang menguatkan paradigma PKS sebagai gerakan Islam moden. Di Jakarta, – ibukota negara Indonesia dan pusat komuniti kelompok intelektual, PKS mengungguli parti-parti lain. Lebih jauh, pengkaderan melalui organisassi-organisasi seperti KAMMI ( Kesatuan Aksi Mahasiswa Orang Islam Indonesia), kerohanian Islam di Sekolah Menengah, Lembaga Dakwah Kampus di universiti memberi peluang kepada kader PKS untuk memahami keadaan sosial, ekonomi dan politik dalam satu waswasan politik Islam yang jelas ( Harian Republika, 10 April 2004). Menariknya, wawasan dan aktiviti pengkaderan ini juga ditransformasikan di luar kampus kepada ummat di masjid-masjid sampai ke kampung-kampung. Dengan konsep tarbiyah, PKS berhasil pula “mencetak” pemuda kampung menjadi politisi. Di sinilah fenomena “ dari aktivis kampus kepada aktivis kampung” melekat kepada PKS dalam pembangunan politik Islam.

Namun demikian, tampaknya peranan Islam Liberal di Indonesia dalam menekan penyebaran fundamentalisme Islam di Indonesia ( Lihat Adian Hussaini, 2002) juga mempengaruhi perubahan orientasi politik PKS. Kritik-krtik kelompok Islam Liberal, khususnya yang dilakukan Pengerusi Jaringan Islam Liberal (JIL), Ulil Absar Abdallah, – yang dalam pandangan kelompok Islam fundamental Indonesia “keluar” dari mainstrem Islam, memang cukup pedas untuk membuat kalangan fundamentalis orang Islam Indonesia gerah ( Lihat laman web Islam Liberal di Indonesia :www.islamliberal.com). Tetapi kritik-kritik yang disampaikan Ulil Absar Abdallah, yang sebenarnya sering dikempenkan, tidak lagi dijawab dengan apologi-apologi dan romantisme a-historis, tetapi dengan perubahan-perubahan mendasar dalam sikap politik kalangan fundamentalis dalam pelbagai isu nasional. Bagi PKS, tekanan Islam Liberal ini mengubah perjuangan dari penegakkan syariah Islam kepada isu mengenai demokrasi, keadilan sosial, ataupun kesetaraan gender, – yang kesemua isu ini juga menjadi perjuangan dan monopoli Islam Liberal.

Pada masa yang sama PBB ataupun PPP, sangat jauh di dalam proses pembangunan politik Islam sebagaimana yang dilakukan PKS. Sepanjang tempoh lima tahun kebelakangan ini, kedua parti ini tidak memiliki program yang jelas kepada ummat Islam. Dalam setiap pilihan raya kedua parti Islam ini hanya bersandarkan kepada sokongan ummat Islam atas dasar “simpati” ideologi dan memanfaatkan kedekatan psikologis ummat Islam melalui asas-asas pesantren dan romantisme bayang-bayang parti Masyumi ( Lihat Sahal L. Hassan, 1999). Hasil pilihan raya 2004 memang masih menempatkan PPP dalam posisi empat besar,– selepas Golkar, PDIP dan PKB. Tetapi dari segi suara telah mengalami penurunan. PBB sendiri berada dalam posisi yang mengkhawatirkan. Saya dipahamkan, untuk wilayah pemilihan Sumatera Utara, undi PBB menurun disebabkan PBB ada menetapkan calon untuk parlimen dari orang Kristen. Sedangkan antara faktor lain menurunnya undi PPP adalah parti ini mengalami “ perpecahan dalaman” yang mengakibatkan munculnya parti baru dari PPP iaitu PBR yang diterajui Ustaz Zainuddin M. Z. Akibatnya, kepercayaan ummat Islam terhadap PPP menurun. Manakala PPNUI (Parti Persatuan Nahdlatul Ummah Indonesia), – yang muncul sebagai klimak dari perpecahan dalaman dalam PKB (Parti Kebangkitan Bangsa), memperoleh undi sedikit. Jadi secara amnya banyaknya parti Islam dalam pilihan raya 2004 secara psikologis muncul bukan atas landasan perjuangan memantapkan identiti Islam tetapi lebih kepada persoalan perpecahan dalaman parti atas sebab kepentingan politik. Secara psikologis pula keadaan ini sudah tentu tidak akan pernah menguntungkan perjuangan Islam ke masa hadapan.

Perlunya Anjakan Baru
Melihat dan menganalisis fenomena politik dan kedudukan parti Islam dalam pilihan raya 2004, telah memaparkan kepada kita bahawa keterwakilan Islam dalam politik menerusi parti-parti Islam belum boleh diharapkan banyak. Apalagi bagi kita yang mengidealkan pembentukan sebuah Negara Islam Indonesia yang melaksanakan syariah Islam. Krisis identiti yang melanda elit politik Islam yang menempatkan reposisi Islam dalam politik berjalan mengikuti keinginan kelompok sekular ataupun Liberal. Kehadapan, mungkin sebahagian ummat Islam mengharapkan reposisi Islam itu dapat dilakukan melalui PKS dan parti-parti Islam lain. Tetapi mampukah PKS dan parti-parti Islam lain memantapkan identiti keislaman dan memperjuang penegakan syariah dan memberi peluang yang lebih besar lagi kepada Islam khususnya dalam politik dan hukum di Indonesia, di sisi yang lain meyakinkan dan memberikan pengertian kepada kelompok sekular dan Islam liberal tentang jaminan Islam, khususnya terhadap kelompok minoriti? Itu tergantung komitmen dan kemampuan parti-parti Islam itu sendiri. Nyatanya, sejarah perjuangan politik Islam di Indonesia selalu membuktikan bahawa di kalangan elit politik Islam itu sendiri selalu tidak seirama di dalam memperjuangkan Islam dalam politik. Dan kalaupun kebersamaan dan perjuangan itu ada, selalunya “dikalahkan” oleh kekuasaan atas nama demokrasi. Pengalaman politik Islam di bawah Presiden Sukarno dan Presiden Suharto telah membuktikan itu. Perjuangan parti Islam melalui jalan demokrasi, jelas tidak menempatkan Islam dalam posisi yang diharapkan.

Memang perlu anjakan baru di dalam mereposisi Islam dalam politik di Indonesia. Dalam kaitan ini, – elit politik Islam perlu memikirkan saranan Mursyidul Am PAS (Parti Islam SeMalaysia) kepada saya seketika dahulu bahawa di Indonesia hanya perlu satu parti politik sahaja. Ini bermakna parti politik Islam yang ada perlu bergabung menjadi satu parti politik dan parti-parti Islam yang sedia ada dan komponen organisasi Islam perlu bermuzakarah membincangkan semula mengenai permasalahan kedudukan Islam di Indonesia dalam politik dan penyertaan politik ummat Islam dalam memperjuangkan Islam. Ini tentu perlu ada kesedaran bersama dan kerelaan hati elit politik Islam untuk lebih mengutamakan perjuangan terhadap Islam berbanding dengan kepentingan peribadi atau golongan. Pembangunan politik Islam perlu disedarkan dan dibangunkan semula kepada ummat. Sebab jika tidak, ummat Islam tidak akan mengambil peranan dalam politik di Indonesia pada masa hadapan. Ini pun, jika ummat Islam Indonesia masih mempercayai perjuangan melalui demokrasi. Tetapi jika tidak, ummat Islam Indonesia harus mengubah haluan pemikiran bahawa sesungguhnya menempatkan Islam secara politik dan menjalankan pembangunan politik Islam tidak harus terjun dalam demokrasi. Sejarah telah mengajarkan kepada kita. SM, 17 April 2004.

(Refleksi Pilihan Raya 2004)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: